Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Falsafah-Falsafah Dalam Islam

Imej
BURHAN AS-SHIDDIQIN Imam Ibnu Sina   Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang BURHAN ASH-SHIDDIQIN: PEMBUKTIAN KEWUJUDAN TUHAN Perihal perbincangan kewujudan perkara-perkara itu terbahagi kepada tiga. 1) Wajibul wujud yakni perkara yang mesti ada, tidak diterima akal ketiadaanya, yakni Dzat ALLAH Ta'ala. Wujud seperti ini tidak dipengaruhi oleh sesuatu dan sangat pasti ke-ada-annya. Segala kewujudan dan ketiadaan berdiri kerana kewujudan sejati ini. 2) Mumkinul terbahagi kepada dua macam. A. Wujud yang sekalipun mungkin tetapi dijadikan sebagai diwajibkan kewujudannya oleh Wajibul Wujud. Contohnya bidadari, malaikat utama(dalam riwayat lain mereka dimatikan bukan ketika tiupan sasangkala kerana tugasan menahan arasy dari kekuatan kiamat), roh dan syurga dan neraka yang diadakan sebagai abadi oleh Genggaman(dalam mengekalkan wujud mungkin) dari ALLAH. B. Wujud yang sama sekali mungkin tetapi tidak diwajibkan kewujudannya seperti tubuh-tubuh manusia dan alam kejisiman