Falsafah-Falsafah Dalam Islam

BURHAN AS-SHIDDIQIN
Imam Ibnu Sina

 No photo description available.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

BURHAN ASH-SHIDDIQIN: PEMBUKTIAN KEWUJUDAN TUHAN
🪐🌏🌕☀️✨
Perihal perbincangan kewujudan perkara-perkara itu terbahagi kepada tiga.
1) Wajibul wujud yakni perkara yang mesti ada, tidak diterima akal ketiadaanya, yakni Dzat ALLAH Ta'ala. Wujud seperti ini tidak dipengaruhi oleh sesuatu dan sangat pasti ke-ada-annya. Segala kewujudan dan ketiadaan berdiri kerana kewujudan sejati ini.
2) Mumkinul terbahagi kepada dua macam.
A. Wujud yang sekalipun mungkin tetapi dijadikan sebagai diwajibkan kewujudannya oleh Wajibul Wujud. Contohnya bidadari, malaikat utama(dalam riwayat lain mereka dimatikan bukan ketika tiupan sasangkala kerana tugasan menahan arasy dari kekuatan kiamat), roh dan syurga dan neraka yang diadakan sebagai abadi oleh Genggaman(dalam mengekalkan wujud mungkin) dari ALLAH.
B. Wujud yang sama sekali mungkin tetapi tidak diwajibkan kewujudannya seperti tubuh-tubuh manusia dan alam kejisiman mengandungi ketidakabadian dan perubahan wujud, yang lahir ditetapkan untuk binasa dan mati.
3) Wujud yang tidak mungkin, yakni perkara yang mesti tiada, tidak diterima aqal ke-ada-annya, yakni sekutu bagi ALLAH S.W.T.
Mengakhiri hal ini perkongsian sebahagian kalam hikmah daripada Mulla Sadra.
"Bagaimana mungkin Engkau ditunjuk oleh sesuatu yang wujudnya memerlukan kepada-Mu. Apakah selain-Mu mempunyai penampakan yang tidak Engkau miliki sehingga ia menjadi penampak bagi-Mu? Keterangan wujud-MU tidak memerlukan sekali kepada penanda lain , manakala penanda itu memerlukan-Mu"
Sekiranya ada kesalahan perbetulkanlah saya, ALLAH Maha Mengetahui Tiap-tiap Sesuatu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

99 Nama ALLAH yang Indah

Dalil Naqli Sifat 13