Dalil Naqli Sifat 13


MUKADDIMAH

Dengan Nama ALLAH,yang Maha Pemurah,lagi Maha Penyayang.


AlhamduliLLAH, segala puja pujian bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam, yang memberi peluang untuk hidup, dan menimba cahaya-NYA yang melenyapkan segala kegelapan kejahilan. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, utusan-NYA paling dikasihi ALLAH S.W.T sebagai rahmat sekalian alam, yang pancaran rahmatnya itu kekal sehingga berterusan, yang membuatkan umat manusia merasa perubahan tersebut membawa pada pengenal pada Pencipta yang menurunkan kalam-NYA sebagai panduan untuk kembali kepada-NYA, dalam mengikuti segala tuntutan-NYA dan serta menjauhi larangan-NYA, selawat dan salam ke atas Ahlil Bayt, Para Sahabat, Ibu Para Mukminin, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in serta kepada seluruh Muslimin dan Muslimat yang berusaha dan berjuang menyebarkan cahaya-NYA itu...Semoga penulisan ini menjadi penebus dosa saya,keluarga saya, guru-guru saya, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat sama yang hidup dan telah pergi, serta hidayah kepada seluruh manusia yang merasai pancaran cahaya-NYA itu.

Di atas kemuliaan kebajikan-NYA dapatlah saya menyusun risalah kecil untuk dikongsi dan dimanfaat kepada pembaca melalui tuntutan terhadap cahaya-NYA dengan melalui perantaraan cahaya-cahaya iaitu guru-guru dan bacaan kitab. Sebelum menceritakan mengenai tujuanku ini, diingatkan kepada para penuntut untuk membetulkan mana yang kurang, sama-sama kita meluruskan, dan cahaya ini berkekalan kepada cahaya-NYA.Tujuanku menyusun risalah adalah untuk mendekatkan faham umat terhadap susunan sifat 13 bahawa adalah ijtihad para 'ulama dalam bidang Usuluddin yang menyusunkan pengamalan simpulan iman berserta berdalilkan kepada al-Qur'an dan Sunnah dengan penggunaan akal yang murni dan bahasa yang sesuai lagi tepat mengungkap tentang kesejatian sifat ALLAH S.W.T. Umum diketahui tidaklah menjadi kewajiban pada umat dengan terma-terma yang digunakan 'ulama sama yang masyhur ataupun tidak, namun sekiranya terma-terma yang digunakan itu bertepatan dengan al-Qu'ran dan Sunnah dan suatu kewajaran bagi ALLAH S.W.T. harus untuk kita pakai, manakala yang bertentangan itu
kita sucikan daripada-NYA.

Gambar di bawah menunjukkan penerangan ringkas mengenai sifat 13 terbahagi kepada tiga bahagian:-




1.WUJUD (ADA)

Apakah Dalil ALLAH Ta'ala itu wujud
Allah SWT berfirman:
هُوَ اللَّهُ الْخٰلِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ  ۖ لَهُ الْأَسْمَآءُ الْحُسْنٰى  ۚ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ  ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
"Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana."
(QS. Al-Hasyr 59: Ayat 24)
Allah SWT berfirman:
قُلْ هُوَ الَّذِىٓ أَنْشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَالْأَفْئِدَةَ  ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ
"Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."
(QS. Al-Mulk 67: Ayat 23)
Allah SWT berfirman:
وَهُوَ الَّذِىٓ أَنْشَأَكُمْ مِّنْ نَّفْسٍ وٰحِدَةٍ فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌ  ۗ قَدْ فَصَّلْنَا الْأَايٰتِ لِقَوْمٍ يَفْقَهُونَ
"Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam)."
(QS. Al-An'am 6: Ayat 98)
Allah SWT berfirman:
وَنَضَعُ الْمَوٰزِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيٰمَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا  ۖ وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا  ۗ وَكَفٰى بِنَا حٰسِبِينَ
"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung."
(QS. Al-Anbiya 21: Ayat 47)
Dibentangkan dalil naqli mengatakan ALLAH Ta'alalah mengadakan langit dan bumi, dan di antara keduanya, serta setiap makhluk termasuk anak-anak, dan ALLAH mengadakan neraca timbangan adil dengan menurunkan kitab-kitab mengandungi perintah-NYA dan larangan-NYA.
Maka apabila syubhat orang tidak mahu pada pada dalil naqli, ia berhajat pada pada dalil aqli, maka apa tanda ALLAH itu ada? Tandanya adalah alam ini adalah tanda ALLAH itu ada, kerana alam ini tidak dapat diadakan melainkan ada yang mengadakannya. Sekiranya tidak mampu menjawab, namun ada tanda menyanggah bagi menolak ketiadaanya, itu sudah memadai menunjukkan beriman adanya ALLAH Ta'ala.

 2. QIDAM (SEDIAKALA)

Apakah dalil ALLAH Ta'ala itu sediakala ?
Allah SWT berfirman:
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْأَاخِرُ وَالظّٰهِرُ وَالْبَاطِنُ  ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
"Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(QS. Al-Hadid 57: Ayat 3)
Nama sifat Al-Awal mengulas tentang DIA-lah yang sedia ada, manakala makhluk itu kemudian baharu diadakan daripada tiada. Wujud ALLAH itu Wujud secara Dzatiy, tidak ada mempengaruhi-NYA kerana DIA Al-Khaliq Maha Pencipta dan Diri-NYA ada tidak diciptakan, DIA-lah yang Awal tidak memiliki awal yang baharu. Penegasan Al-Awal itu membantah bahawa DIA muncul kemudian atau diadakan-adakan oleh manusia  3. BAQO' (KEKAL)

Apakah dalil ALLAH Ta'ala itu Baqa'(Kekal)?
Allah SWT berfirman:
وَيَبْقٰى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلٰلِ وَالْإِكْرَامِ
"Dan akan kekal-lah Wajah Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:"
(QS. Ar-Rahman 55: Ayat 27)
Allah SWT berfirman:
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلٰهًا ءَاخَرَ  ۘ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ  ۚ كُلُّ شَىْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۥ  ۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
"Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Wajah Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan (untuk dihitung amal masing-masing dan menerima balasan)."
(QS. Al-Qasas 28: Ayat 88)
Allah SWT berfirman:
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْأَاخِرُ وَالظّٰهِرُ وَالْبَاطِنُ  ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
"Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(QS. Al-Hadid 57: Ayat 3)
Nama sifat Wajah Tuhan mengulas Diri, Sifat serta Perbuatan-NYA. Sesungguhnya Pemilik Wajah itu Kekal, Kekal-NYA secara Dzatiy, tidak dipengaruhi oleh sesuatu yang mengekalkannya.
Nama sifat Al-Akhir mengulas tentang Diri-NYA tetap berkekalan, apabila berlakunya Kiamat hanya Diri-NYA kekal, hidup. Segala ciptaan berlaku kebinasaan melainkan yang kekal itu kerana pengekalan-NYA antaranya Arasy ALLAH Ta'ala. Yang Maha Mengekalkan itu Diri-NYA, Diri-NYA tidak mengalami pengekalan dari yang lain.
4. MUKHAFALATUHU TA'ALA LIL HAWADITH (BERSALAHAN YANG MAHA TINGGI DENGAN BAHARU)
Apakah dalil ALLAH Ta'ala itu Mukhalafatuhu Ta'ala Lil Hawadith(Bersalahan Yang Maha Tinggi dengan Perkara Baharu)? Allah SWT berfirman: وَلَمْ يَكُنْ لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌ "Dan tidak ada sesiapapun yang setahap dengan Diri-Nya Yang Unik." (QS. Al-Ikhlas 112: Ayat 4) Allah SWT berfirman: فَاطِرُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۚ جَعَلَ لَكُمْ مِّنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوٰجًا وَمِنَ الْأَنْعٰمِ أَزْوٰجًا ۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ ۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ "Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat." (QS. Asy-Syura 42: Ayat 11). Allah SWT berfirman: يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ "Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (QS. Al-Jumu'ah 62: Ayat 1) Allah SWT berfirman: وَقَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا ۗ سُبْحٰنَهُۥ ۖ بَل لَّهُۥ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۖ كُلٌّ لَّهُۥ قٰنِتُونَ "Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: Allah mempunyai anak. Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya." (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 116) Allah SWT berfirman: وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنْفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هٰٓؤُلَآءِ شُفَعٰٓؤُنَا عِنْدَ اللَّهِ ۚ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللَّهَ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِى السَّمٰوٰتِ وَلَا فِى الْأَرْضِ ۚ سُبْحٰنَهُۥ وَتَعٰلٰى عَمَّا يُشْرِكُونَ "Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan." Sesungguhnya, Tiada Sesuatu Serupa dan Sebanding dengan ALLAH Ta'ala Al-Quddus mengulas tentang Diri-NYA Maha Suci daripada Aib, Kekurangan, Tuna Sempurna. Keluhuran yang Indah, Baik lagi Sempurna. Subhanahu adalah ucapan menyucikan apa yang disabitkan kekurangan pada ALLAH Ta'ala atau menyaksi perkara yang hairan, dan sesungguhnya Diri-NYA Maha Suci daripada sifat-sifat yang tidak layak bagi diri-NYA. Ta'ala adalah ucapan meninggikan ALLAH dengan sifat-sifat Kesempurnaan, dan sesungguhnya Diri-NYA Maha Tertinggi Lagi sempurna. Sekiranya adalah kesalahan, maka perbetulkanlah ALLAH Maha Mengetahui Tiap-tiap Sesuatu.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

99 Nama ALLAH yang Indah