Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Mazhab Ibnu Arab dalam kontradiksi Tasybih dan Tanzih

Imej
Persoalan antara diri dan ilmu      Tajalli ontologis (wujudi) dijelaskan pada konteks perbahasan "busur turun", sedangkan tajalli epistemologis dijelaskan dengan konteks perbahasan "busur naik", ketika manusia mengharungi tingkatan-tingkatan kesempurnaan. Ianya jelas bahawa tajalli epistemologi berkaitan dengan tingkatan-tingkatan yang tidak lain daripada tajalli wujudi. Persoalannya, adakah Dzat al-Haq dapat disaksikan melalui tajalli epistemologis?        Penciptaan-NYA bagi segala sesuatu adalah tersembunyi-NYA dalam segala sesuatudan berlaku penampakan-NYA terlibat dalam semua penciptaan itu, dan Pemusnahan-NYA bagi segala sesuatu pada hari kiamat adalah penampakkan diri-NYA yang tunggal dan kekuasaan yang meliputi segala sesuatu. Perbahasan Ontologi      Pasti terdapat beza antara Yang Maha Meliputi dan yang diliputi, dan daripada hal tajalli terjadilah seolah serba meliputi, sedangkan al-Haqq itu dilihat daripada suatu sisi manakala ranah makhluk dilihat dari