Mazhab Ibnu Arab dalam kontradiksi Tasybih dan Tanzih

Persoalan antara diri dan ilmu

    Tajalli ontologis (wujudi) dijelaskan pada konteks perbahasan "busur turun", sedangkan tajalli epistemologis dijelaskan dengan konteks perbahasan "busur naik", ketika manusia mengharungi tingkatan-tingkatan kesempurnaan. Ianya jelas bahawa tajalli epistemologi berkaitan dengan tingkatan-tingkatan yang tidak lain daripada tajalli wujudi. Persoalannya, adakah Dzat al-Haq dapat disaksikan melalui tajalli epistemologis?

 

    Penciptaan-NYA bagi segala sesuatu adalah tersembunyi-NYA dalam segala sesuatudan berlaku penampakan-NYA terlibat dalam semua penciptaan itu, dan Pemusnahan-NYA bagi segala sesuatu pada hari kiamat adalah penampakkan diri-NYA yang tunggal dan kekuasaan yang meliputi segala sesuatu.

Perbahasan Ontologi

    Pasti terdapat beza antara Yang Maha Meliputi dan yang diliputi, dan daripada hal tajalli terjadilah seolah serba meliputi, sedangkan al-Haqq itu dilihat daripada suatu sisi manakala ranah makhluk dilihat daripada satu sisi pula seperti perlambangan ombak dan laut, perbedaan antara ombak dan lautan adalah bahawa ombak hanyala ombak, sedangkan lautan adalah ombak pada saat sama (yang hadir dalam setiap ombak). Akan tetapi lautan tidaklah terbatas pada lautan tertentu, bahkan tidak terbatas pada keseluruhan kewujudan ombak sekalipun.

Syair Sharh Fushush al-Qaysari dan Khawarizmi 


Tiada wajah melainkan tunggal,
Hanya kerana kau gandakan cermin,
Maka bayangan wajah itu banyak,
Itu bila kau bukan di sisinya.
-Sharh Fushush al-Qaysari
Ketika cinta menampakkan dirinya, maka alam seluruhnya terbakar,
Cukuplah engkau adalah salah satu, daripada cermin-cermin dari segala sesuatu,
Di setiap cermin, tampaklah wajah-NYA,
Ke mana-mana engkau pandang, pasti engkau melihat-NYA
-Sharh Fushush al-Khawarizmi

Pengaturan Tajalli

    Dalam sistem tajalli, alam dan keanekaan adalah pancaran Tajalli-NYA dalam bentuk-bentuk diri tetap sendiri yang tidak mungkin ada tanpa-NYA, ulasan Imam Khawarizmi tentang pernyataan Imam Ibnu Arabi ini dalam kalimat yang ringan, dan tidak mungkin segala benda yang wujud di alam nyata tanpa adanya tajalli wujud tersebut. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

99 Nama ALLAH yang Indah

Dalil Naqli Sifat 13