Catatan

Mazhab Ibnu Arab dalam kontradiksi Tasybih dan Tanzih

Imej
Persoalan antara diri dan ilmu      Tajalli ontologis (wujudi) dijelaskan pada konteks perbahasan "busur turun", sedangkan tajalli epistemologis dijelaskan dengan konteks perbahasan "busur naik", ketika manusia mengharungi tingkatan-tingkatan kesempurnaan. Ianya jelas bahawa tajalli epistemologi berkaitan dengan tingkatan-tingkatan yang tidak lain daripada tajalli wujudi. Persoalannya, adakah Dzat al-Haq dapat disaksikan melalui tajalli epistemologis?        Penciptaan-NYA bagi segala sesuatu adalah tersembunyi-NYA dalam segala sesuatudan berlaku penampakan-NYA terlibat dalam semua penciptaan itu, dan Pemusnahan-NYA bagi segala sesuatu pada hari kiamat adalah penampakkan diri-NYA yang tunggal dan kekuasaan yang meliputi segala sesuatu. Perbahasan Ontologi      Pasti terdapat beza antara Yang Maha Meliputi dan yang diliputi, dan daripada hal tajalli terjadilah seolah serba meliputi, sedangkan al-Haqq itu dilihat daripada suatu sisi manakala ranah makhluk dilihat dari

Falsafah-Falsafah Dalam Islam

Imej
BURHAN AS-SHIDDIQIN Imam Ibnu Sina   Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang BURHAN ASH-SHIDDIQIN: PEMBUKTIAN KEWUJUDAN TUHAN Perihal perbincangan kewujudan perkara-perkara itu terbahagi kepada tiga. 1) Wajibul wujud yakni perkara yang mesti ada, tidak diterima akal ketiadaanya, yakni Dzat ALLAH Ta'ala. Wujud seperti ini tidak dipengaruhi oleh sesuatu dan sangat pasti ke-ada-annya. Segala kewujudan dan ketiadaan berdiri kerana kewujudan sejati ini. 2) Mumkinul terbahagi kepada dua macam. A. Wujud yang sekalipun mungkin tetapi dijadikan sebagai diwajibkan kewujudannya oleh Wajibul Wujud. Contohnya bidadari, malaikat utama(dalam riwayat lain mereka dimatikan bukan ketika tiupan sasangkala kerana tugasan menahan arasy dari kekuatan kiamat), roh dan syurga dan neraka yang diadakan sebagai abadi oleh Genggaman(dalam mengekalkan wujud mungkin) dari ALLAH. B. Wujud yang sama sekali mungkin tetapi tidak diwajibkan kewujudannya seperti tubuh-tubuh manusia dan alam kejisiman

Dalil Naqli Sifat 13

Imej
MUKADDIMAH Dengan Nama ALLAH,yang Maha Pemurah,lagi Maha Penyayang. AlhamduliLLAH, segala puja pujian bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam, yang memberi peluang untuk hidup, dan menimba cahaya-NYA yang melenyapkan segala kegelapan kejahilan. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, utusan-NYA paling dikasihi ALLAH S.W.T sebagai rahmat sekalian alam, yang pancaran rahmatnya itu kekal sehingga berterusan, yang membuatkan umat manusia merasa perubahan tersebut membawa pada pengenal pada Pencipta yang menurunkan kalam-NYA sebagai panduan untuk kembali kepada-NYA, dalam mengikuti segala tuntutan-NYA dan serta menjauhi larangan-NYA, selawat dan salam ke atas Ahlil Bayt, Para Sahabat, Ibu Para Mukminin, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in serta kepada seluruh Muslimin dan Muslimat yang berusaha dan berjuang menyebarkan cahaya-NYA itu...Semoga penulisan ini menjadi penebus dosa saya,keluarga saya, guru-guru saya, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat sama yang hi

99 Nama ALLAH yang Indah

Imej
Asma'ul Husna Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang … Apa yang pertama kali seharusnya dipelajari oleh penuntut ilmu? Apakah dengan terlebih dahulu mempelajari akidah dan tauhid (yang keduanya terkait dengan keimanan) ataukah dengan menghafal al-Quran dulu? Bahkan sebagaimana yang disebutkan (dalam riwayat), bahawasanya yang termasuk dari petunjuk shahabat dan juga Sunnah adalah mengajarkan tauhid dulu kepada anak-anak sebelum al-Quran, bukan malah sebaliknya (yakni mengajar al-Quran dulu baru tauhid) sebagaimana yang banyak berlaku di antara manusia . قال جندب بن جنادة رضي الله عنه: كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم ونحن فتيان حزاورة فتعلمنا الإيمان قبل أن نتعلم القرآن ثم تعلمنا القرآن فازددنا به إيمانا، وأنتم اليوم تعلمون القرآن قبل الإيمان. رواه ابن ماجه وصححه الألباني Jundub bin Junadah – radhiyallahu ‘anhu – berkata,  “Kami telah bersama Nabi –shallallahu ‘alaihi wa sallam- ketika kami masih sangat muda.  Kami mempelajari iman sebelum belajar